Klinik Choong Wah Perak, sebuah pertubuhan amal yang tidak berasaskan keuntungan, ditubuhkan
pada tahun1947 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Kami beroperasi enam hari seminggu di Pusat Bandar Ipoh dan menawarkan perkhidmatan berasaskan Perubatan Tradisional Cina, termasuk acupuncture and moxibustion secara percuma.








Misi:

  • Misi: Menubuhkan Klinik Pengamal yang menggunakan Perubatan Tradisional Cina untuk membantu golongan miskin dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Golongan pesakit yang mendapat rawatan terdiri daripada semua lapis masyarakat , tidak kira bangsa dan agama, terutamanya golongan yang kurang berupaya.




Pada masa sekarang, Klinik Choong Wah Perak telah melantik 81 Pengamal Perubatan Cina yang merupakan ahli Perak Physicians Association, dimana kesemua Pengamal telah didaftarkan dibawah Federation of Chinese Physicians and Medicine Dealers Associations of Malaysia, yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

5 Prinsip Klinik Choong Wah Perak

  1. Menggalakkan dan menyatupadukan pengamal-pengamal Perubatan Tradisional Cina supaya dapat menyumbangkan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.
  2. Sentiasa  menitik beratkan langkah-langkah perjimatan kos, supaya operasi harian klinik dapat diteruskan.
  3. Memastikan supaya keperluan tenaga pengamal-pengamal Perubatan Tradisional Cina sentiasa mencukupi untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit.
  4. Semua hasil kutipan dan perbelanjaan klinik amal dipublikasikan sekali setahun.
  5. Kotak cadangan telah disediakan supaya lapisan masyarakat dapat memberi cadangan-cadangan atau kritikan-kritikan, demi untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan.

Merujuk kepada graf di bawah, pada tahun 2010, kami telah menawarkan perkhidmatan rawatan sebanyak 14,320 kali, dan angka tersebut telah bertambah pada purata 17.8% setahun kepada 49,664 kali pada tahun 2018. 


Sejajah dengan pertambahan bilangan pesakit yang mendadak pada tahun-tahun kebelakangan ini, kos untuk menyediakan perkhidmatan yang percuma telah melonjak dari RM183.7 ribu pada tahun 2010 kepada RM542.3 ribu pada tahun 2017. Angka tersebut bertambah pada tahun 2018 pada tahap RM565 ribu.


Walaubagaimanapun, Klinik Choong Wah Perak telah mendapat bantuan dan sumbangan yang tak terhingga dari seluruh masyarakat, dan membolehkan kami meneruskan aktiviti amal melebih 70 tahun di kawasan Kinta Velley, semua sumbangan akan dipaparkan setiap bulan, secara telus pada sesawang/web kami.

Dengan bantuan dari masyarakat dan kerjasama di antara Jawatankuasa Komitte dan pasukan Pengamal  (Perubatan Cina)  yang telah dilantik, kami harap aktiviti-aktiviti amal yang telah lama berjalan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.